UJIAN PSIKOMETRIK

APA ITU UJIAN PSIKOMETRIK?

Ujian psikometrik adalah salah satu dari kaedah yang digunakan untuk menilai calon yang ingin memasuki bidang perkhidmatan awam.
Tiada format tetap untuk soalan dan jawapan yang digunakan dalam ujian ini. Tetapi calon akan diberikan beberapa pilihan jawapan berbentuk objektif.
Pilihan jawapan pula boleh terdiri dari semudah 2 pilihan jawapan, 3 pilihan jawapan, 4 pilihan jawapan ataupun 5 pilihan jawapan.
  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya, Tidak, Atau Tidak Pasti
  • Betul, Salah, Atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Atau Sangat Tidak Setuju
  • Dan lain-lain
Anda nak tahu tak apakah perkara yang boleh dinilai oleh SPA melalui ujian psikologi ini?

APA YANG DINILAI DALAM UJIAN PSIKOMETRIK?

Ada banyak perkara yang boleh dinilai melalui ujian psikometrik yang diambil.
Antara perkara yang dinilai termasuklah:
  • Cara berfikir
  • Emosi
  • Kepimpinan
  • Tingkah laku
  • Kebolehan sosial
  • Komunikasi
  • Toleransi
  • Kerjasama
  • Integriti
  • Disiplin
  • Dan lain-lain
Ujian psikometrik lebih bertujuan untuk menguji personaliti calon, maka tiada jawapan betul atau salah dalam ujian ini.
Dalam ujian ini, sebenarnya sukar untuk anda menipu perwatakan diri masing-masing kerana soalan akan diulang beberapa kali dalam bentuk soalan yang berbeza bagi memastikan penilaian yang tepat.
Kekangan masa dan jumlah soalan yang banyak adalah cabaran utama anda ketika menjawab soalan psikometrik.
Anda ada masa kurang dari 1 saat untuk menjawab setiap soalan.
Serius anda tidak ada banyak masa.

Comments

Popular posts from this blog